ChRoMeS

ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS

Pemimpin Krom 2009


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Kehidupan Warga Kromium Aspura...

Merentas Desa 2009

Thursday, April 30, 2009

SELAMAT HARI PEKERJA DAN BALIK BERMALAM

Salam kepada semua warga KROM...

Post ari ni nak ucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua warga yang telah menyumbang kepada markah rumah dari segi akedemik, kokurikulum, sahsiah dan 3k. Di kesempatan ini juga nak mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA kepada guru-guru SMSLD. Kepada pelajar2, cuti ini jangan lupa study, exam ada seminggu lagi.... Chaiyo! Chaiyo

Hari Guru dah dekat, so jangan lupa hadiahkan guru2 anda dengan KECEMERLANGAN dalam AKEDEMIK....

Wednesday, March 11, 2009

Coret-coret

Lama tak mengupdate blog ni. Bukannya apa dek terlalu sibuk ngan aktiviti luar maka kurang la masa nak memblog ni. Sehingga memasuki bulan ini, banyak ahli rumah kita yang telah menunjukkan pencapaian terbaik dalam bidang kokurikulum. Berikut adalah mereka yang telah bergiat aktif dan menyumbang mata rumah.
Peringkat Negeri -(Ragbi-Ezzianly,Uzairie,Ahmad Izzudin)-(Catur-Teguh)-(Kriket-Awang,Johney,Haris,Afizan,Izzat Taufiq)-(Memanah-Nuramalina)
Peringkat Zon Tenggara -(Catur-Muhammad Aminuddin,Hafianzah)-(Merentas Desa-Zunika,Heseltine)-(Sepak Takraw-Marommie)
Peringkat Zon Lahad Datu -(Catur-Izzatun,Nuradha,Aizudin, Ridzuan,Nazri, Nurhayani, Azmidah) -(Badminton-Fahmi,Farah)-(Merentas Desa-Nuramalina, Siti Khadijah, Siti Kartikah, Nadira, Marommie)-(Olahraga-Heseltine, Marommie, Auzai, Sahrul Nizam, Ir Iqbal, Zunika, Nuradha, Kamsidar, Nuramalina, Siti Khadijah, Nurhayani)-(Bola Sepak-Afizan)
Peringkat Zon Segama-Banyak sangat la yang wakil.

Tentang kurikulum plak, disni nak mengucapkan tahniah kepada warga rumah yang mendapat keputusan yang baik dalam Ujian Bulan Februari dan Excel. Bagi mereka yang mendapat keputusan yang kurang baik, diharapkan anda dapat meningkatkan usaha untuk mendapat keputusan yang lebih baik. Gunakan masa cuti minggu depan untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi Ujian Pertengahan Tahun.

Bercakap tentang kurikulum ini, sama2 kita doakan agar pelajar2 form 5 2008 memperolehi keputusan SPM yang baik esok... AMIN...

MINGGU KESIHATAN

Pada 2-5/3/2009 berlangsungnya Minggu Kesihatan yang buat julung kalinya diadakan. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi mengisi minggu tersebut. Antaranya ceramah kesihatan, derma darah, ujian psp dan pertandingan antara rumah.
Sebanyak 6 acara telah dipertandingkan iaitu sukaneka, senamrobik, puisi drama, melukis banner, kuiz dan orienteering.
Dalam pertandingan tersebut rumah kita telah memenangi 3 acara iaitu senamrobik, kuiz kesihatan dan sukaneka. Tahniah diucapkan kepada komitmen semua ahli rumah.

Saturday, January 17, 2009

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2009

Hari ini 17/1/2009 telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. Turun untuk mempertahankan Kejuaraan, kelihatan ahli-ahli rumah begitu bersemangat sekali. Melihatkan kepada beberapa ahli rumah yang pernah memenangi kejohanan sebelum in, peluang untuk menjadi juara memang terbuka, walaupun kebimbangan ketara kepada kategori lelaki kelas B yang kekurangan pelari.
Berkat penat lelah semua warga, akhirnya sekali lagi kita berjaya mempertahankan kejuaraan walaupun diberi saingan sengit oleh Rumah Barium.
Walaupun berjaya mempertahankan kejuaraan, 2 orang pelajar perempuan kategori A tidak dapat menahan kesedihan apabila nama mereka tidak disebut dalam kalangan 10 terbaik sedangkan mereka berada di kedudukan ke-4 dan k-8. Walaubagaimanapun keputusan bagi kategori perempuan A telah diperbaiki dan mereka mendapat apa yang sepatutnya mereka perolehi.

SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA AHLI RUMAH KROMIUM....

Berikut adalah senarai pelajar yang berada dalam kedudukan 10 teratas.

LELAKI A
HESELTINE(3)-TEGUH(8)-MAROMIE(9)-AK MOHD SHAHRIN(10)
LELAKI B
ASRAF HADI(6)-MOHD IR IQBAL(9)
PEREMPUAN A
SITI KHADIJAH(3)-SITTI KARTIKAH(4)-SURYATI(8)-LIEW YEN FONG(9)
PEREMPUAN B
ZUNIKA(1)-NUR AMALINA(3)-AZIRAH(4)-NADIRA(8)-NURFARHANA(10)

Friday, January 9, 2009

Barisan Pemimpin Rumah Kromium 2009

Ketua Rumah:
+ Mohd Ezzianly bin Charly +
P.Ketua Rumah:
+ Raihan Sorfina binti Rodrigo +
Setiausaha:
+ Fiona Farhain binti Gaspal +
P. Setiausaha:
+ Muhd Nor Hassan bin Thani +
Ketua-ketua biro:
Kokurikulum:
+ Awang Mohd Azman bin Hamdan +
+ Siti Khadijah binti Abd Mubarak +
Sahsiah:
+ Mohd Faiz bin Abd Aziz +
+ Kasriany binti Rully +
Akademik:
+ Abdul Arif bin Dahlan +
+ Jaira Atika binti Sudarmuji +
3K:
+ Ahmad Izuddin bin Isaruddin +
+ Farah Nazihah binti Salamah +
Diharap barisan pemimimpin yang telah dipilih dapat menjalankan tugas dengan penuh semangat dan tanggungjawab agar rumah Kromium pada tahun ini menjadi JUARA sekali lagi untuk kali ke 4 berturut-turut. Diharapkan juga kepada semua ahli rumah Kromium dapat memberi kerjasama dan komitmen yang baik untuk mencapai hasrat kita mempertahankan kejuaraan Rumah Kromium pada tahun ini.

Sunday, January 4, 2009

MEMORI 2008

VIDEO KROM 2006-07