Selamat hari ibu kepada semua ibu2 di luar sana... Kepada pelajar2 walaupun tanggal 10 Mei merupakan hari ibu, ini tidak bermakna anda tidak perlu menunjukkan perasaan kasih anda kepada ibu anda pada hari2 lain. Apa yang pasti perasaan kasih, taat dan hormat amat penting bagi kita tunjukkan sebagai anak bagi menghargai pengorbanan yang telah mereka lakukan.
Jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan mereka.
Berbalik kepada hal sekolah, esok merupakan hari pertama bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun, so buat yang terbaik dan buktikan yang anda sememangnya layak untuk bergelar pelajar SBP. Kepada pelajar F3 dan F5, ambil peluang ini untuk mengukur sejauh mana persediaan yang anda telah buat bagi menghadapi peperiksaan PMR dan SPM.
HAPPY MOTHER DAY AND GOOD LUCK
Juz to Say..
Pemimpin Krom 2009
Sunday, May 10, 2009
SELAMAT HARI IBU DAN SELAMAT MENJAWAB EXAM
Posted by chromes world at Sunday, May 10, 2009 0 comments
Thursday, May 7, 2009
AKTIVITI SEKOLAH
Salam...
Bermula dari detik ini, blog ni juga akan memuatkan cerita2 tentang sekolah.. Hal ini kerana, bekas2 pelajar kat luar sana mesti nak tau hal2 kat sekolah.
So memulakan cerita ialah Karnival Nasyid yang disertai oleh kumpulan nasyid sekolah. Setelah memenangi peringkat Zon Lahad Datu, kumpulan nasyid sekolah telah mewakili Zon Lahad Datu ke peringkat Zon Tenggara selasa lepas. Namun kita hanya mampu meraih tempat kedua. Apa2 pun diucapkan tahniah kepada mereka.
Hari ini pula bersamaan 7/5/2009, sekolah telah menghantar pasukan dikir, nasyid, peserta sajak, melukis poster serta persembahan multimedia ke Karnival Pencegahan Anti Dadah bagi mengikuti pertandingan peringkat Zon Lahad Datu dan Zon Tenggara.
Sukacita di maklumkan sekolah kita telah mendapat tempat ketiga bagi pasukan nasyid, naib johan sajak dan paling membanggakan ialah pasukan dikir sekolah yang telah menrangkul gelaran johan sekaligus meawkili Zon Tenggara ke peringkat negeri. Kemenangan ini sememangnya di tunggu-tunggu setelah kali terakhir sekolah kita layak ke peringkat negeri pada tahun 2005. Tahniah diucapkan kepada pendikir sekolah terutama sekali kepada tunggak utama dikir sekolah iaitu Cik Hafeeza Ezzadin yang telah membawa kembali kegemilangan dikir sekolah. Kemenangan ini memang berbaloi dek usaha dan kerja keras para pendikir. Diharapkan mereka akan memperolehi kejayaan di peringkat negeri nanti.
Kalau berkesempatan, blog ini akan mengupload video nasyid dan dikir ketika karnival tersebut berlangsung.
Kepada pelajar2 jangan lupa study untuk exam next week..
Posted by chromes world at Thursday, May 07, 2009 0 comments











