ChRoMeS

ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS

Pemimpin Krom 2009


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Kehidupan Warga Kromium Aspura...

Merentas Desa 2009

Thursday, May 7, 2009

AKTIVITI SEKOLAH

Salam...

Bermula dari detik ini, blog ni juga akan memuatkan cerita2 tentang sekolah.. Hal ini kerana, bekas2 pelajar kat luar sana mesti nak tau hal2 kat sekolah.
So memulakan cerita ialah Karnival Nasyid yang disertai oleh kumpulan nasyid sekolah. Setelah memenangi peringkat Zon Lahad Datu, kumpulan nasyid sekolah telah mewakili Zon Lahad Datu ke peringkat Zon Tenggara selasa lepas. Namun kita hanya mampu meraih tempat kedua. Apa2 pun diucapkan tahniah kepada mereka.

Hari ini pula bersamaan 7/5/2009, sekolah telah menghantar pasukan dikir, nasyid, peserta sajak, melukis poster serta persembahan multimedia ke Karnival Pencegahan Anti Dadah bagi mengikuti pertandingan peringkat Zon Lahad Datu dan Zon Tenggara.
Sukacita di maklumkan sekolah kita telah mendapat tempat ketiga bagi pasukan nasyid, naib johan sajak dan paling membanggakan ialah pasukan dikir sekolah yang telah menrangkul gelaran johan sekaligus meawkili Zon Tenggara ke peringkat negeri. Kemenangan ini sememangnya di tunggu-tunggu setelah kali terakhir sekolah kita layak ke peringkat negeri pada tahun 2005. Tahniah diucapkan kepada pendikir sekolah terutama sekali kepada tunggak utama dikir sekolah iaitu Cik Hafeeza Ezzadin yang telah membawa kembali kegemilangan dikir sekolah. Kemenangan ini memang berbaloi dek usaha dan kerja keras para pendikir. Diharapkan mereka akan memperolehi kejayaan di peringkat negeri nanti.

Kalau berkesempatan, blog ini akan mengupload video nasyid dan dikir ketika karnival tersebut berlangsung.

Kepada pelajar2 jangan lupa study untuk exam next week..

0 comments: