Cuti semester telah pun bermula, pastinya semua pelajar seronok menanti detik ini.
Apa tidaknya, ini lah masanya bagi kaki game untuk melepaskan geram untuk bermain, kaki window shopping untuk bershopping dan yang penting masa bersama keluarga.
Bagi mereka yang terpilih ke Sukan SAGA, buatlah yang terbaik. Saya sempat berbual dengan salah seorang yang akan ke kejohanan tersebut dan yang pastinya selama cuti ini dia tidak akan berpeluang balik ke kampung. So buat yang terbaik, berbaloi dengan pengorbanan anda. Kepada peserta2 lain all the best and buat yang terbaik.
Bagi team SBP10 2009, jaga kesihatan, keselamatan dan kekalkan stamina, kerana anda telahpun kehilangan seorang pemain berbakat.. Lakukan yang terbaik dalam kejohanan tersebut dan bawalah sekali semangat perjuangan rakan anda yang tidak dapat beraksi bersama.
Pelajar2 yang lain pula jangan terlalu sibuk dengan cuti, pastikan kerja rumah yang diberikan oleh guru disiapkan. Bagi Pelajar2 tingkatan 3 dan 5, gunakan masa cuti ini sebaik-baiknya dengan mengulangkaji pelajaran.
Sepanjang cuti ini, lakukan refeleksi atau muhasabah diri tentang apa yang telah anda lalui sepanjang Januari hingga kini. Adakah berbaloi apa yang anda lakukan?Cari pro dan kontra setiap tindakan? dan yang penting selepas cuti ini jadikan diri anda seorang yang bermotivasi, bersemangat dalam melakukan apa sahaja yang diceburi.
Kepada cikgu zul diucapkan selamat pengantin baru dan berbahagia, kepada cikgu roshidi juga semoga berbahagia. Tahniah kepada cikgu Sani yang telah memperoleh cahaya mata.
Takziah diucapkan kepada Cikgu Ahmad Abdul Rauf diatas pemergian ibunya. Al-Fatihah
Selamat bercuti....gunakan masa cuti anda sebaiknya












0 comments:
Post a Comment