Salam buat semua..
Lama betul blog ini tak d update sejak pertandingan blog antara rumah hari tu. Dalam tempoh tu banyak perkara yang berlaku.
Dalam sukan sekolah yang telah berlangsung, seperti yang di duga kita tidak dapat mempertahankan kejuaraan. Adat bertanding mesti ada kalah menang, dan nak mengekalkan kemenangan agak payah.
Peperiksaan percubaan PMR dan SPM baru ja berakhir, namun balik cuti nanti pelajar Form 5 bakal menduduki peperiksaan percubaan 2. Apa2 pun jangan anggap ini sebagai bebanan, tapi jadikan sebagai latihan mengukur sejauh mana persediaan anda bagi menghadapi SPM. Kepada pelajar form 3 gandakan usaha anda. Bagi pelajar2 lain, jangan pula anda alpa, peperiksaan akhir tahun ini amat penting bagi anda terutama pelajar form 4 yang ingin memasuki kelas elit, tentu anda sendiri tahu kelebihan berada di kelas berkenaan. Kepada pelajar2 yang akedemiknya jatuh mendadak, tingkatkan usaha anda untuk peperiksaan akhir tahun ini.
Sememangnya banyak perkara dan pengalaman yang berlaku sepanjang tempoh tak mengupdate blog ini. Yang tak dapat di lupakan ialah penutupan sekolah akibat penangan H1N1. Tak tahu nak cakap apa la, memang satu pengalaman yang harus di jadikan iktibar.
Selama berada di sekolah ini, pelbagai pengalaman pahit manis telah dilalui. walaupun yang manisnya banyak, tetapi bila pengalaman pahit menimpa, bahang pengalamannya amat terasa. Percaya? terpulang pada pendapat masing2..
Sebenarnya ada yang terbuku nak dikongsi, tapi biar la terpendam saja. Mungkin ada hikmahnya.. hehee...
Akhir kata bagi ari ini, Selamat Berpuasa buat semua dan perbanyakkan ibadah. Jangan lupa siapkan keja umah, buat guru2 yang belum siap menanda kertas, selamat menanda kertas. Kepada semua pelajar, jangan lupa ulangkaji pelajaran......
"Di saat kau dilahirkan, kau menanagis dan orang lain tersenyum.. berjuanglah agar disaat kau menutupkan mata, orang lain menangis dan kau tersenyum"
Juz to Say..
Pemimpin Krom 2009
Wednesday, August 26, 2009
Coret2
Posted by chromes world at Wednesday, August 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)












0 comments:
Post a Comment