ChRoMeS

ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS ChRoMeS

Pemimpin Krom 2009


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Kehidupan Warga Kromium Aspura...

Merentas Desa 2009

Friday, November 20, 2009

"JOHAN CGT"

"Johan CGT"
Itulah kenyataan yang telah diumumkan oleh pemangku PK HEM En. Sudirman Kaspin pada Malam Anugerah Cemerlang 2009 yang berlangsung pada 16 November 2009.
Walaupun pada satu ketika ketinggalan dengan Rumah Barium, namun markah akedemik, 3K dan kokurikulum berjaya memintas rumah Barium di saat2 akhir..
Kegembiraan jelas kelihatan pada seluruh warga Kromium kerana berjaya mempertahankan kejuaraan untuk kali Ke-4 berturut-turut.
Tahniah diucapkan kepada semua warga dan guru2 Rumah Kromium. Diharapkan barisan kepimpinan Rumah pada tahun depan akan dapat melaksanakan tugas dengan baik bagi mempertahankan kejuaraan.
Berikut adalah keputusan CGT:

Anugerah Pelajar Aspura 2009 : Johny Juhalin (Kromium)
Anugerah Pelajar Aspuri 2009 : Nurhaedah Buwathy (Helium)
Akedemik : Helium (kita dapat tmpt ke-2)
Kokurikulum: Kromium
Sahsiah : Helium (kita dapat tmpt ke-2)
3k aspura : Kromium H14
3k aspuri : Helium M14
Keseluruhan :1.Kromium-2.Barium-3.Helium-4.Magnesium

Tuesday, October 27, 2009

Salam

Pehhh... Lama tak mengupdate blog ni. Busy betul22.....hehe

Tak tau nak start ngan apa sebenarnya coretan kali ini. Ini pun time chat tetiba teringat blog ni.
Ermm.. exam akhir tahun dah pun abis, bgtu gak dengan PMR. Harapan biarla keputusan ayng baik di perolehi terutama bebudak PMR 2009 ni. For SPM candidate plak, gunakan masa yang berbaki ni dengan sebaiknya. Banyakkan membuat latihan, kalau tak faham tanya kawan2 n cikgu2 yang sedia membantu.

Banyak aktiviti yang telah berlangsung di sekolah sepanjang bulan lepas. Antaranya Majlis Khatam Al-Quran, Restu Ilmu F3, Sembahyang Hajat F3 dan F5 bersama ibubapa dan guru, jamuan raya, gotong royong perdana, amali sembelihan pelajat F4 dan ada lagi yang tak teringat time mencoret sekarang ni.

Oh ya sekolah kita gak menerima kunjungan dari pelajar2 dan guru2 SK Binuang dan pelajar2 sekitar Lahad Datu melalui Program Serumpun Peringakt Negeri.

CGT bakal berlangsung tidak lama lagi, apa yang dapat dikatakan di sini Rumah Krom tidak dapat mempertahankan kejuaraan yang telah dipegang 3 tahun berturut-turut melihatkan kepada jurang markah dengan pendahulu iaitu Rumah Barium. Sedih gak sebenarnya.. ialah banyak peluang di depan mata untuk menambah markah tapi di lepaskan begitu saja. Nasihat dan teguran sekejap ja di dengar lepas itu tak di endah. Tapi nak difikir kan pun tak da gunanya, ialah adat bertanding mesti ada kalah menang, ada turun naiknya... Walaupun hakikatnya terasa berat 'hati' sebenarnya...

Last buat coretan kali ni, Semoga Calon2 SPM dapat menjawab exam dengan baik dan beroleh result yang cemerlang AMN....

Wednesday, August 26, 2009

Coret2

Salam buat semua..

Lama betul blog ini tak d update sejak pertandingan blog antara rumah hari tu. Dalam tempoh tu banyak perkara yang berlaku.
Dalam sukan sekolah yang telah berlangsung, seperti yang di duga kita tidak dapat mempertahankan kejuaraan. Adat bertanding mesti ada kalah menang, dan nak mengekalkan kemenangan agak payah.
Peperiksaan percubaan PMR dan SPM baru ja berakhir, namun balik cuti nanti pelajar Form 5 bakal menduduki peperiksaan percubaan 2. Apa2 pun jangan anggap ini sebagai bebanan, tapi jadikan sebagai latihan mengukur sejauh mana persediaan anda bagi menghadapi SPM. Kepada pelajar form 3 gandakan usaha anda. Bagi pelajar2 lain, jangan pula anda alpa, peperiksaan akhir tahun ini amat penting bagi anda terutama pelajar form 4 yang ingin memasuki kelas elit, tentu anda sendiri tahu kelebihan berada di kelas berkenaan. Kepada pelajar2 yang akedemiknya jatuh mendadak, tingkatkan usaha anda untuk peperiksaan akhir tahun ini.
Sememangnya banyak perkara dan pengalaman yang berlaku sepanjang tempoh tak mengupdate blog ini. Yang tak dapat di lupakan ialah penutupan sekolah akibat penangan H1N1. Tak tahu nak cakap apa la, memang satu pengalaman yang harus di jadikan iktibar.
Selama berada di sekolah ini, pelbagai pengalaman pahit manis telah dilalui. walaupun yang manisnya banyak, tetapi bila pengalaman pahit menimpa, bahang pengalamannya amat terasa. Percaya? terpulang pada pendapat masing2..
Sebenarnya ada yang terbuku nak dikongsi, tapi biar la terpendam saja. Mungkin ada hikmahnya.. hehee...
Akhir kata bagi ari ini, Selamat Berpuasa buat semua dan perbanyakkan ibadah. Jangan lupa siapkan keja umah, buat guru2 yang belum siap menanda kertas, selamat menanda kertas. Kepada semua pelajar, jangan lupa ulangkaji pelajaran......

"Di saat kau dilahirkan, kau menanagis dan orang lain tersenyum.. berjuanglah agar disaat kau menutupkan mata, orang lain menangis dan kau tersenyum"

Monday, June 1, 2009

Cuti Semester!!!!!

Cuti semester telah pun bermula, pastinya semua pelajar seronok menanti detik ini.
Apa tidaknya, ini lah masanya bagi kaki game untuk melepaskan geram untuk bermain, kaki window shopping untuk bershopping dan yang penting masa bersama keluarga.
Bagi mereka yang terpilih ke Sukan SAGA, buatlah yang terbaik. Saya sempat berbual dengan salah seorang yang akan ke kejohanan tersebut dan yang pastinya selama cuti ini dia tidak akan berpeluang balik ke kampung. So buat yang terbaik, berbaloi dengan pengorbanan anda. Kepada peserta2 lain all the best and buat yang terbaik.
Bagi team SBP10 2009, jaga kesihatan, keselamatan dan kekalkan stamina, kerana anda telahpun kehilangan seorang pemain berbakat.. Lakukan yang terbaik dalam kejohanan tersebut dan bawalah sekali semangat perjuangan rakan anda yang tidak dapat beraksi bersama.
Pelajar2 yang lain pula jangan terlalu sibuk dengan cuti, pastikan kerja rumah yang diberikan oleh guru disiapkan. Bagi Pelajar2 tingkatan 3 dan 5, gunakan masa cuti ini sebaik-baiknya dengan mengulangkaji pelajaran.
Sepanjang cuti ini, lakukan refeleksi atau muhasabah diri tentang apa yang telah anda lalui sepanjang Januari hingga kini. Adakah berbaloi apa yang anda lakukan?Cari pro dan kontra setiap tindakan? dan yang penting selepas cuti ini jadikan diri anda seorang yang bermotivasi, bersemangat dalam melakukan apa sahaja yang diceburi.
Kepada cikgu zul diucapkan selamat pengantin baru dan berbahagia, kepada cikgu roshidi juga semoga berbahagia. Tahniah kepada cikgu Sani yang telah memperoleh cahaya mata.
Takziah diucapkan kepada Cikgu Ahmad Abdul Rauf diatas pemergian ibunya. Al-Fatihah
Selamat bercuti....gunakan masa cuti anda sebaiknya

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU DAN SELAMAT MENJAWAB EXAM

Selamat hari ibu kepada semua ibu2 di luar sana... Kepada pelajar2 walaupun tanggal 10 Mei merupakan hari ibu, ini tidak bermakna anda tidak perlu menunjukkan perasaan kasih anda kepada ibu anda pada hari2 lain. Apa yang pasti perasaan kasih, taat dan hormat amat penting bagi kita tunjukkan sebagai anak bagi menghargai pengorbanan yang telah mereka lakukan.
Jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan mereka.

Berbalik kepada hal sekolah, esok merupakan hari pertama bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun, so buat yang terbaik dan buktikan yang anda sememangnya layak untuk bergelar pelajar SBP. Kepada pelajar F3 dan F5, ambil peluang ini untuk mengukur sejauh mana persediaan yang anda telah buat bagi menghadapi peperiksaan PMR dan SPM.

HAPPY MOTHER DAY AND GOOD LUCK

Thursday, May 7, 2009

AKTIVITI SEKOLAH

Salam...

Bermula dari detik ini, blog ni juga akan memuatkan cerita2 tentang sekolah.. Hal ini kerana, bekas2 pelajar kat luar sana mesti nak tau hal2 kat sekolah.
So memulakan cerita ialah Karnival Nasyid yang disertai oleh kumpulan nasyid sekolah. Setelah memenangi peringkat Zon Lahad Datu, kumpulan nasyid sekolah telah mewakili Zon Lahad Datu ke peringkat Zon Tenggara selasa lepas. Namun kita hanya mampu meraih tempat kedua. Apa2 pun diucapkan tahniah kepada mereka.

Hari ini pula bersamaan 7/5/2009, sekolah telah menghantar pasukan dikir, nasyid, peserta sajak, melukis poster serta persembahan multimedia ke Karnival Pencegahan Anti Dadah bagi mengikuti pertandingan peringkat Zon Lahad Datu dan Zon Tenggara.
Sukacita di maklumkan sekolah kita telah mendapat tempat ketiga bagi pasukan nasyid, naib johan sajak dan paling membanggakan ialah pasukan dikir sekolah yang telah menrangkul gelaran johan sekaligus meawkili Zon Tenggara ke peringkat negeri. Kemenangan ini sememangnya di tunggu-tunggu setelah kali terakhir sekolah kita layak ke peringkat negeri pada tahun 2005. Tahniah diucapkan kepada pendikir sekolah terutama sekali kepada tunggak utama dikir sekolah iaitu Cik Hafeeza Ezzadin yang telah membawa kembali kegemilangan dikir sekolah. Kemenangan ini memang berbaloi dek usaha dan kerja keras para pendikir. Diharapkan mereka akan memperolehi kejayaan di peringkat negeri nanti.

Kalau berkesempatan, blog ini akan mengupload video nasyid dan dikir ketika karnival tersebut berlangsung.

Kepada pelajar2 jangan lupa study untuk exam next week..

Thursday, April 30, 2009

SELAMAT HARI PEKERJA DAN BALIK BERMALAM

Salam kepada semua warga KROM...

Post ari ni nak ucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua warga yang telah menyumbang kepada markah rumah dari segi akedemik, kokurikulum, sahsiah dan 3k. Di kesempatan ini juga nak mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA kepada guru-guru SMSLD. Kepada pelajar2, cuti ini jangan lupa study, exam ada seminggu lagi.... Chaiyo! Chaiyo

Hari Guru dah dekat, so jangan lupa hadiahkan guru2 anda dengan KECEMERLANGAN dalam AKEDEMIK....

Wednesday, March 11, 2009

Coret-coret

Lama tak mengupdate blog ni. Bukannya apa dek terlalu sibuk ngan aktiviti luar maka kurang la masa nak memblog ni. Sehingga memasuki bulan ini, banyak ahli rumah kita yang telah menunjukkan pencapaian terbaik dalam bidang kokurikulum. Berikut adalah mereka yang telah bergiat aktif dan menyumbang mata rumah.
Peringkat Negeri -(Ragbi-Ezzianly,Uzairie,Ahmad Izzudin)-(Catur-Teguh)-(Kriket-Awang,Johney,Haris,Afizan,Izzat Taufiq)-(Memanah-Nuramalina)
Peringkat Zon Tenggara -(Catur-Muhammad Aminuddin,Hafianzah)-(Merentas Desa-Zunika,Heseltine)-(Sepak Takraw-Marommie)
Peringkat Zon Lahad Datu -(Catur-Izzatun,Nuradha,Aizudin, Ridzuan,Nazri, Nurhayani, Azmidah) -(Badminton-Fahmi,Farah)-(Merentas Desa-Nuramalina, Siti Khadijah, Siti Kartikah, Nadira, Marommie)-(Olahraga-Heseltine, Marommie, Auzai, Sahrul Nizam, Ir Iqbal, Zunika, Nuradha, Kamsidar, Nuramalina, Siti Khadijah, Nurhayani)-(Bola Sepak-Afizan)
Peringkat Zon Segama-Banyak sangat la yang wakil.

Tentang kurikulum plak, disni nak mengucapkan tahniah kepada warga rumah yang mendapat keputusan yang baik dalam Ujian Bulan Februari dan Excel. Bagi mereka yang mendapat keputusan yang kurang baik, diharapkan anda dapat meningkatkan usaha untuk mendapat keputusan yang lebih baik. Gunakan masa cuti minggu depan untuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi Ujian Pertengahan Tahun.

Bercakap tentang kurikulum ini, sama2 kita doakan agar pelajar2 form 5 2008 memperolehi keputusan SPM yang baik esok... AMIN...

MINGGU KESIHATAN

Pada 2-5/3/2009 berlangsungnya Minggu Kesihatan yang buat julung kalinya diadakan. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi mengisi minggu tersebut. Antaranya ceramah kesihatan, derma darah, ujian psp dan pertandingan antara rumah.
Sebanyak 6 acara telah dipertandingkan iaitu sukaneka, senamrobik, puisi drama, melukis banner, kuiz dan orienteering.
Dalam pertandingan tersebut rumah kita telah memenangi 3 acara iaitu senamrobik, kuiz kesihatan dan sukaneka. Tahniah diucapkan kepada komitmen semua ahli rumah.

Saturday, January 17, 2009

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2009

Hari ini 17/1/2009 telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. Turun untuk mempertahankan Kejuaraan, kelihatan ahli-ahli rumah begitu bersemangat sekali. Melihatkan kepada beberapa ahli rumah yang pernah memenangi kejohanan sebelum in, peluang untuk menjadi juara memang terbuka, walaupun kebimbangan ketara kepada kategori lelaki kelas B yang kekurangan pelari.
Berkat penat lelah semua warga, akhirnya sekali lagi kita berjaya mempertahankan kejuaraan walaupun diberi saingan sengit oleh Rumah Barium.
Walaupun berjaya mempertahankan kejuaraan, 2 orang pelajar perempuan kategori A tidak dapat menahan kesedihan apabila nama mereka tidak disebut dalam kalangan 10 terbaik sedangkan mereka berada di kedudukan ke-4 dan k-8. Walaubagaimanapun keputusan bagi kategori perempuan A telah diperbaiki dan mereka mendapat apa yang sepatutnya mereka perolehi.

SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA AHLI RUMAH KROMIUM....

Berikut adalah senarai pelajar yang berada dalam kedudukan 10 teratas.

LELAKI A
HESELTINE(3)-TEGUH(8)-MAROMIE(9)-AK MOHD SHAHRIN(10)
LELAKI B
ASRAF HADI(6)-MOHD IR IQBAL(9)
PEREMPUAN A
SITI KHADIJAH(3)-SITTI KARTIKAH(4)-SURYATI(8)-LIEW YEN FONG(9)
PEREMPUAN B
ZUNIKA(1)-NUR AMALINA(3)-AZIRAH(4)-NADIRA(8)-NURFARHANA(10)

Friday, January 9, 2009

Barisan Pemimpin Rumah Kromium 2009

Ketua Rumah:
+ Mohd Ezzianly bin Charly +
P.Ketua Rumah:
+ Raihan Sorfina binti Rodrigo +
Setiausaha:
+ Fiona Farhain binti Gaspal +
P. Setiausaha:
+ Muhd Nor Hassan bin Thani +
Ketua-ketua biro:
Kokurikulum:
+ Awang Mohd Azman bin Hamdan +
+ Siti Khadijah binti Abd Mubarak +
Sahsiah:
+ Mohd Faiz bin Abd Aziz +
+ Kasriany binti Rully +
Akademik:
+ Abdul Arif bin Dahlan +
+ Jaira Atika binti Sudarmuji +
3K:
+ Ahmad Izuddin bin Isaruddin +
+ Farah Nazihah binti Salamah +
Diharap barisan pemimimpin yang telah dipilih dapat menjalankan tugas dengan penuh semangat dan tanggungjawab agar rumah Kromium pada tahun ini menjadi JUARA sekali lagi untuk kali ke 4 berturut-turut. Diharapkan juga kepada semua ahli rumah Kromium dapat memberi kerjasama dan komitmen yang baik untuk mencapai hasrat kita mempertahankan kejuaraan Rumah Kromium pada tahun ini.

Sunday, January 4, 2009

MEMORI 2008

VIDEO KROM 2006-07